Make your own free website on Tripod.com

Mewangi dan menyegarkan air cond kereta


Ambil tiga helai daun pandan, lipat dan ikatnnya dan letakkan dalam bonet kereta. Cara ini akan memberikan udara dalam kereta lebih segar dan nyaman walaupun tanpa penyegar ataupun wangian.

Elak keguguran

Di awal mengandung anda harus menjagi kandungan anda supaya jangan keguguran. Masalah ini boleh anda atasi dengan menghindarkan daripada mengangkat barang-barang berat kerana peranakan anda akan turun dan menjadi lemah serta menyebabkan keguguran. Anda juga dinasihatkan mengikat perut di bahagian bawah dengan tali pinggang kain yang kuat, mengamalkan mandi air panas suam setiap petang akan menjadikan peranakan anda lebih baik dan kuat. Dengan cara ini keguguran mungkin akan dapat di atasi.

Hilangkan nafas berbau


Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.

Halau pijat pada tilam

Anda hanya perlu mematahkan beberapa dahan kecil (termasuk daun) pokok durian belanda dan letakkan di bawah tilam dan bantal tempat anda tidur. Biarkan daun itu hingga kering dan digantikan dengan yang baru. InsyaAllah pepijat tidak akan datang lagi.

Pekatkan kuah sup

Masukkan beberapa biji bawang besar yang telah dikisar halus ke dalam kuah sup semasa memasak. Pasti kuah sup akan menjadi pekat dan menyelerakan. Selamat mencuba.

Menggunakan lebihan minyak kelapa

Minyak kelapa yang telah digunakan untuk menggoreng, jangan dibuang begitu sahaja kerana minyak itu boleh digunakan lagi. Jika kelihatan kotor boleh dibersihkan dengan cara memasukkan beberapa potong ubi kentang ketika anda menggunakan semula minyak tersebut untuk menggoreng ikan. Dengan cara ini ubi kentang itu akan menyerap kotoran yang ada pada minyak tersebut.

Mencuci barang kemas

Ambil sedikit asam jawa dan bancuhkan dengan sedikit air. Rendamkan barang kemas dalam air selama setengah jam. Selepas itu berus dengan menggunakan berus gigi supaya daki di celah-celah barangan itu hilang. Bilas dengan air semula. Tentu anda akan puas hati kerana ia akan seperti baru.

Kerang bersih dan putih

Setiap kali bila hendak merebus atau memasak kerang, pasti kita mencuci dengan menggunakan berus atau pelepah pisang. Tapi kini anda cuba gunakan daun kenduduk iaitu isi yang boleh didapati di kawasan semak. Ramaslah daun tersebut bersama kerang sehingga daun itu hancur. Lihatlah hasilnya selepas itu dan anda pasti berpuas hati.

Lancarkan perjalanan haid

Rebus daun gelenggang kecil bersama daun dan akr tutup bumi. Amalkan meminum airnya sebanyak tiga kali sehari. Perjalanan haid akan kembali normal pada hari pertama anda mengamalkannya.

Hilangkan dengkur

Ambil tujuh biji buah badam, tumbuk hingga lumat dan campurkan dengan air susu suam. Kacau campuran ini hingga sebati dan amalkan meminumnya. InsyaAllah dengkur akan hilang.

Masalah kekuningan di celah gigi

Ambil sebatang putik kapas, kemudian colekkan pada kapur sireh. Gunakannya untuk mencuci celah-celah gigi sampai bersih. InsyaAllah masalah kekuningan pada celah gigi dapat di atasi.
 
































  1.