Make your own free website on Tripod.com
Kempiskan Perut

1. Ambil limau lemon satu biji, potong empat bahagian, masukkan dalam periuk dengan sedikit air, rebus sehingga air tinggal satu cawan. Minum waktu malam, amalkan dua atau tiga kali seminggu. InsyaAllah hasilnya akan memuaskan.

2. Ragi dihancurkan dan dicampurkan bersama nila dan disapukan ke seluruh perut. Amalkan selalu untuk dapatkan perut yang kempis. Amat sesuai bagi wanita selepas bersalin.

Mengurangkan berat badan


Ambil tiga atau empat helai daun betik tua, kemudian masukkan dalam pengisar bersama air asam jawa dan sedikit garam.  Kisar hingga lumat, kemudian tapis airnya. Minumlah airnya tiga kali sehari.  Amalkan selama seminggu, pasti anda akan dapat melihat hasilnya sebelum meneruskan petua ini sebagai diet yang mudah dan murah.