Make your own free website on Tripod.com

Sembuhkan kencing manis

Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.


Bengkak payu dara

Bengkak pada bahagian payu dara boleh membuatkan anda merasa demam, namun begitu anda tidak perlu risau dan boleh mencuba petua ini dengan cara mengambil sedikit akar pokok labu manis dicampur dengan tanah liat. Bila sudah sebati hendaklah disapukan pada seluruh bahagian payu dara yang bengkak, biarkan semalaman. Bila sudah kering bolehlah dibersihkan. Amalkan selama tiga minggu.


Lawaskan kencing

Dua potong nanas masak hendaklah dicampurkan dengan satu tin air coca-cola dikisar sehingga hancur. Amalkan minum sekali sehari selama tiga hari berturut-turut. Anda akan berpuas hati kerana penyakit yang anda hadapi itu akan segera sembuh.

Sembuhkan selesema

Ambil beberapa ulas bawang putih dan ditumbuk kasar. Masukkan dalam besen yang berisi air panas. Suakan muka ke arah besen dan sedut wap tersebut. Untuk lebih mujarab lagi tutupkan bahagian kepala dengan tuala. InsyaAllah selesema anda akan hilang. Paling penting jangan lupa selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Sembuhkan sakit tekak/batuk

1. Ambil satu sudu madu, masukkan ke dalam air suam. Kemudian titiskan sedikit air limau nipis dan kacau. Sewaktu minum bacalah selawat sebanyak tiga kali. InsyaAllah sakit tekak dan batuk akan beransur pulih.

2. Ambil sebiji limau nipis. Perahkan airnya dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan selama satu minggu. InsyaAllah batuk anda akan berkurangan.


Hilangkan pening kepala

1. Ambil 10 biji lada hitam ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan segelas air suam, kacau hingga sebati dan minum. InsyaAllah pening kepala yang anda alami akan sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

2. Ambil segelas air panas dan kemudian potong seulas bawang merah dan masukkan ke dalam air panas tadi. Tutup seketika dan setelah suam, minum air tersebut. Insya Allah sakit kepala anda akan sembuh.


Sembuhkan bengkak hati

Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.

Atasi senggugut

Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam). InsyaAllah senggugut akan hilang.

Ketumbit/Ketumbuhan di mata

Jika anda menghadapi masalah ketumbit atau ketumbuhan pada mata, ambil air dari pucuk bemban lalu dicampur dengan hempedu ikan haruan. Hempedu itu pula hendaklah ditumbuk halus lalu dititik ke dalam mata. Lakukan berkali-kali sehingga ketumbit itu hilang.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

JIka anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.

Kurangkan tekanan darah tinggi

1. Air perahan timun sesuai untuk penjagaan kesihatan kepada orang yang menghidap tekanan darah tinggi. Minum dua kali sehari setiap hari, akan dapat mengurangkan berat badan. Jika disapu pada wajah dua kali sehari, sebelum mencuci wajah, ia akan menghasilkan kulit wajah lembut, licin dan sentiasa lembap dan ia juga apat mengatasi kulit berminyak.

2. Ambil sebiji kelapa muda yang isinya masih berlendir. Tebuk lubang di atas permukaan kelapa tersebut. Perahan sebiji limau nipis ke dalam lubang kelapa yang telah ditebuk tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian, minumlah air kelapa tersebut terus daripada buah tadi tanpa dicurahkan ke dalam bekas tin.

3. Ambil pucuk betik, bersihkan dan kemudian rebus sehingga mendidih. Kemudian, minum air rebusan bersama dengan daun betik tersebut. Walaupun rasanya kurang enak namun ia amat berkhasiat untuk penyakit darah tinggi anda.

Sembuhkan bengkak gusi

Ambil sekeping asam gelugor kemudian basuh hingga bersih dan sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10-15 minit. Kemudian buanglah asam tadi dan berkumurlah dengan air suam. InsyaAllah sakit gusi anda akan sembuh.

Sakit angin medu dan uluran

Ambil sebiji telur ayam kampung dicampurkan dengan setengah air bergas. Kemudian kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap pagi. Di samping dapat mengurangkan angin medu/uluran, ia juga mengurangkan masalah keletihan dan lemah-lemah badan.

Penawar kembung perut bayi

Ambil sepotong kain perca (untuk dibuat bunjut), ambil segenggam lada hitam atau jintan hitam, kemudian pusat bayi yang telah tanggal. Semua bahan-bahan tadi di satukan. Kemudian dibuat seperti bunjut sup. Bunjut tadi ditekapkan ke seterika supaya panas (panas-panas suam). Tuamkan bunjut tadi ke perut, belakang dan tapak kaki bayi berulang kali, pastikan disapu pada perut bayi sedikit minyak telon/gamat baru dituam. Tuamkan setiap kali selepas bayi mandi. InsyaAllah bayi tidak akan kembung dan mendapat pusat yang cantik.
































  1.