Make your own free website on Tripod.com
Menghilangkan kelemumur

1. Ambil daun inai semangkuk.  Masukkan ke dalam pengisar bersama setengah cawan air.  Kisar sehingga halus.  Keluarkan ke dalam bekas, kemudian  perahkan 3-4 biji limau nipis ke dalamnya, kacau sehingga sebati.  Sebelum lumurkan inai pada kulit kepala, terlebih dahulu basahkan rambut. Lumurkan rata sehingga kulit kepala rasa sejuk.  Bungkus kepala dengan tuala kemudian biarkan semalaman, kemudian cuci kepala sehingga bersih.  lakukan hanya tiga kali seminggu, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

2. Cuci rambut seperti biasa, setelah dibilas, sapukan telur ke seluruh rambut hingga kulit kepala.  Biarkan antara 15-20 minit.  Kemudian bersihkan dengan air suam.  Cara lain boleh digunakan juga daun lidah buaya, sapukan rata-rata lendir lidah buaya itu pada rambut. Lakukan berulang kali hingga hilang kelemumur dan rambut kelihatan segar.


Menghitam dan melembutkan rambut yang kusam


Caranya mudah sahaja, selepas mencuci rambut, ambil lima batang aloe vera. Buangkan kulit arinya kemudian masukkan dalam mesin pengisar. Kisar sehingga lumat. Aloe Vera yang telah lumat ini hendaklah dilumurkan ke seluruh rambut. Kemudian biarkan kering. Akhir sekali bilas sehingga bersih.