Make your own free website on Tripod.com
Menghilangkan jerawat

1. Jika anda menggunakan telur ayam jangan buang kulitnya kerana ia boleh digunakan sebagai bahan untuk menghilangkan jerawat yang degil.  Bersihkan kulit terlur kemudian jemur sehingga kering.  Setelah itu kisar kulit telur sehingga halus. Untuk menggunakannya bancuh bersama bedak sejuk, kemudian lumurkan ke muka. Lakukanlah setiap malam.

2. Ambil sedikit kunyit hidup sebesar ibu jari kemudian bersih dan kisar hingga lumat.  Campurkan kunyi tadi ke dalam bancuhan bedak sejuk, sapukan dimuka dan bahagian belakang pada malam hari.  Keesokan harinya, anda akan mendapati ia mengecut kemudian cuci dengan air suam. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik lakukan setiap malam.


Mengelakkan bibir lebam


Sekiranya menghadapi masalah bibir lebam, akibat memakai gincu bibir.  Ia boleh diatas dengan mengambil 1/2 atau sebiji kentang, kemudian parut kentang tersebut dan tampalkan pada bibir.  Apabila kering tukar dengan parutan kentang yang lain.  Lakukan selalu, lama-kelamaan bibir akan kembali segar dan merah.

 

Menghilangkan gatal dan bengkak di muka

Cara mudah boleh dilakukan dengan cara merendam segenggam beras selama beberapa minit.  Kemudian ambil air beras tadi dan basuh pada muka yang gatal dan bengkak.  Kemudian bilas dengan air bersih sehingga bersih dan InsyaAllah gatal yang anda alami itu akan hilang.

 

Hilangkan kesan campak di muka

Ambil kulit sotong, jemurkan sehingga kering.  Bersihkan kemudian tumbuk hingga halus dna diayak.  Debunya digunakan sebagai bedak. Buatlah beberapa kali sehingga kesan campak di muka dan bahagian lain di seluruh badan tidak akan tinggal parut lagi.

 

Elak wajah kering

Wajah kering menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua dari usia sebenar.  Jika anda mengalami wajah yang kering dan kulit anda menggelupas kerana alah dengan sabun atau pencuci muka, anda boleh gunakan pelembab muka yang mudah serta dapat jimatkan masa dan wang.  Caranya sediakan beberapa kelopak kobis, setelah itu tumbuk lumat kobis tersebut, campurkan dengan sedikit madu lebah. Anda boleh gunakan kobis tersebut untuk pelembab muka.  Sapukan kobis yang tiumbuk halus ini satu jam sebelum anda mandi pagi atau petang. Amalkan selama seminggu, sehingga anda memperolehi hasilnya.

 

Melicinkan kulit muka

Ambil sedikit air kelapa muda dicampurkan dengan putih telur.  Sapukan pada kulit muka sebanyak tiga kali seminggu.  InsyaAllah kulit muka anda akan licin dan putih berseri-seri.

 

Merahkan bibir

Bibir merah bak delima merekah memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi tujuan tersebut parutkan sedikit halia dan sapukan ia ke bibir dengan sapuan yang nipis.  InsyaAllah jika ia diamalkan selalu bibir akan menjadi lebih merah dan menawan walaupun tanpa memakai lipstick.